Tuesday 29 March 2016

About Scarcity (Kekurangan)


Manusia sentiasa merasakan kekurangan bila apa yang mereka inginkan tak dapat dipenuhi.  Disebabkan itu wujudnya persaingan antara manusia untuk cuba menguasai sumber tertentu.

Image result for lions eat
Gambar Hiasan

Contoh mudah, sekumpulan harimau yang tinggal di kawasan Savana bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan seekor rusa sebagai hasil buruan mereka.  Oleh kerana Savana merupakan satu kawasan padang rumput yang luas dan susah untuk nampak kelibat walau seekor rusa pun jadi mereka perlu bersaing untuk mendapatkan sumber makanan yang terhad tersebut demi untuk kelangsungan hidup.

Sekiranya terdapat sumber yang mencukupi untuk memenuhi segala kehendak kita yang tak terbatas, manusia mungkin tak perlu bersaing untuk mendapatkan sumber terhad sedia ada.

Okey sambung cite pasal harimau tadi, katakan lah di kawasan Savana tersebut ada banyak ekor rusa atau mangsa lain mungkin harimau tak perlu bersaing sesama mereka lagi.

Dan bagaimana manusia bersaing untuk mendapatkan sumber yang ada bergantung kepada sebanyak mana kawalan mereka keatas alat catuan.  Alat catuan wujud sebab kita kekurangan sumber.  Ingat tak catuan beras semasa era penjajahan Jepun di tanah melayu, waktu tu kita kekurangan beras sebab pihak jepun mengamal dasar tutup pintu.  Selain itu, mereka juga menggunakan bekalan beras kita untuk keperluan tentera Jepun yang sedang bertempur sewaktu perang China-Jepun.

Kalau zaman dahulu bater merupakan alat catuan tapi hari ni wang adalah ganti kepada bater.  Nak tahu macam mana alat catuan berfungsi jom tengok contoh dekat bawah ni.

Katakan lah bagi mendapatkan seekor kambing pada zaman dahulu, syaratnya mesti tukar dengan lima ekor ayam.  Jadi kepada sesiapa yang ada banyak ayam mungkin ada bayak kawalan keatas alat catuan dan boleh menguasai sumber yang ada. Tapi disebabkan sistem barter ni ada banyak kekurangan maka ia tak lagi digunakan sebagai alat catuan.

Seterusnya kita ambil contoh yang sama dengan yang atas tadi dan kita gantikan alat catuannya kepada wang.  Jadi untuk mendapatkan seekor kambing kita perlukan RM 900.  Jadi manusia akan berusaha untuk mengumpulkan wang bagi memperolehi sumber yang dikehendaki.

Nampak tak sekiranya wang ringgit digunakan sebagai alat catuan, manusia akan bersaing untuk mendapatkannya.  Kalau kita lihat pada hari ni, ramai orang berlumba-lumba melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan semata-mata inginkan segelulung ijazah tapi mahukan pendapatan yang lebih tinggi selepas menamatkan pengajiaan supaya mereka ada banyak kawalan keatas alat catuan.

Sebaliknya, andaikan kekuatan dijadikan alat catuan mungkin orang yang sasa saja yang dapat memiliki sumber manakala orang yang lemah sentiasa ditindas.  Dalam kes ni, manusia akan bersaing untuk mendapatkan kekuatan.

Pengajarannya mudah: apa sahaja yang digumakan sebagai alat catuan, manusia akan bersaing untuk mendapatkannya.


Lebihan Pengguna VS Lebihan Pengeluar


Lebihan Pengguna (Consumer Surplus)

Perbezaan antara harga maksimum yang sanggup dan mampu dibayar oleh pembeli bagi sesuatu barang atau perkhidmatan dengan harga sebenar dibayar.


Kalau korang tak faham kita tengok formula math ni

Lebihan pengguna = Harga pembelian maksimum - Harga yang dibayar

Contoh, andaikan korang nak beli sehelai baju t-shirt Gildan di sebuah kedai T-shirt tempatan setelah berpuas hati dengan design dan color yang ditawarkan.  Dan korang sanggup membayar harga maksimum sebanyak RM 30 untuk mendapatkan sehelai t-shirt tersebut.  Tetapi semasa nak bayar anda hanya dikenakan RM 20 jer.......

Jadi dalam kes ini, lebihan pengguna ialah RM 10 (RM 30 - RM 20).

Jelasnya, pembeli lebih suka lebihan pengguna yang lebih besar berbanding lebihan pengguna yang kecil


Lebihan Pengeluar (Producer Surplus)

Perbezaan antara harga yang diterima oleh penjual dengan harga terendah atau minimum yang sepatutnya barang berkenaan sanggup dan dapat dijual.

Mesti korang blur-blur je baca......tak pe ada formula math juga

Lebihan Pengeluar/Penjual = Harga yang diterima - Harga jualan minimum

Contoh, harga kos sebenar untuk sehelai t-shirt Gildan yang di tanggung pengeluar/penjual mungkin dalam RM 15.  Tetapi dia tak akan jual t-shirt tersebut pada harga RM 15 ; dia menjualnya pada harga RM 20.

Jadi dalam kes ini, lebihan pengeluar ialah RM 5 (RM 20 - RM 15).

Perlu ingat, seseorang penjual lebih suka lebihan pengeluar yang besar.

Monday 28 March 2016

Production Posibilities Curve (PCC)



Garisan yang menyambungkan titik C hingga A dalam Rajah diatas  adalah Production Possibilities curve (PCC) atau keluk kemungkinan pengeluaran.  Mana-mana titik yang berada diatas PCC menunjukkan pengeluaran dalam keadaan optimum yang mana sumber digunakan sepenuhnya untuk memaksimumkan pengeluaran.


Seterusnya mana-mana titik yang berada di dalam PCC menunjukkan kombinasi pengeluaran yang boleh dicapai (attainable).  Maknanya pengeluaran boleh dilaksanakan tapi bukan dalam keadaan yang optimum.  Keadaan ini menunjukkan berlakunya pembaziran sumber atau ketidakcekapan pengurusan sumber.  Contohnya, pada titik D, Syarikat Badrul mengeluarkan 4000 unit bot dan 4000 unit trak dalam tempoh setahun.  Sepatutnya dengan sumber yang ada Syarikat Badrul mampu mengeluarkan 9000 unit bot dan 4000 unit trak iaitu pada titik A.  Wujudnya perbezaan 5000 unit pegeluaran bot antara titik A dan D menunjukkan Syarikat Badrul tidak menggunakan sumber yang diperolehi dengan sepenuhnya.


Konsep Kekurangan

Seterusnya mana-mana titik yang berada diluar PCC menunjukkan kombinasi pengeluaran yang tidak boleh dicapai (unattainable).  Maknanya pengeluaran tidak dapat dilaksanakan disebabkan sumber yang tidak mencukupi ataupun terhad.

Contohnya, pada titik E, Syarikat Badrul  hendak mengeluarkan 9000 unit bot dan 9000 unit trak dalam tempoh setahun tapi disebabkan sumber yang terhad pengeluaran ini tidak dapat dilaksanakan.  Dekat sini berlakunya kekurangan.


Konsep Pilihan

Disebabkan berlakunya kekurangan, Syarikat Badrul terpaksa membuat pilihan dari mana-mana kombinasi pengeluaran iaitu pada titik A, B, atau C yang mana kombinasi pengeluarannya mampu mengeluarkan unit pada pengeluaran yang optimum dan efisen.


Konsep Kos Melepas

Perubahan titik pengeluaran dari titik B ke A menunjukkan konsep kos melepas.  Contohnya, Syarikat Badrul perlu melepaskan 3000 unit trak jika dia nak mengeluarkan unit tambahan bagi bot dari 7000 ke 9000 unit.  Jadi kos melepas untuk 2000 unit bot tambahan ialah 3000 unit trak.

Konsep-Konsep Asas Ekonomi


Bagi memudahkan korang faham apa itu keluk kemungkinan pengeluaran atau production possibilities curve (PCC) dalam bahasa mat saleh nya.  Kita akan bincangkan dulu konsep-konsep asas ekonomi.

Okey, yang pertama sekali adalah kekurangan (scarcity)

Kekurangan boleh berlaku sama ada kepada orang kaya ataupun miskin.  Ini kerana sumber yang diperolehi yang digunakan dalam proses pengeluaran tak mencukupi bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang tak terbatas.

Sumber yang dimaksudkan diatas adalah faktor-faktor pengeluaran.

Next adalah pilihan (choice)

Atas sebab wujudnya kekurangan kita terpaksa membuat keputusan apa yang terbaik untuk diri kita.  Keputusan yang dibuat tu adalah berdasarkan sumber yang ada dan boleh digunakan.

Dan lastly adalah kos melepas atau dikenali juga sebagai opportunity cost.

Pilihan kedua yang terbaik yang kita kena lepaskan sebab dah buat pilihan yang pertama itulah kos melepas.

Sebagai contoh Hafiz berasa lapar setelah penat bermain dia meminta duit dari ibunya untuk membeli jajan di kedai.  Ibunya memberi Hafiz RM 1.  Katakan dengan duit RM 1 tu dia boleh beli sebatang aiskrim Matkool dan dengan duit RM 1 tu juga dia boleh beli sekeping cekelat Cloud 9.  Atas sebab sumber (duit) yang ada terhad, Hafiz terpaksa membuat pilihan sama ada aiskrim Matkool atau cekelat Cloud 9.  Katakan Hafiz memilih aiskrim Matkool maka kos melepas untuk aiskrim Matkool ialah sekeping cekelat Cloud 9.



Berdasarkan contoh yang diberi mungkin mudah kot untuk korang faham.

Monday 29 February 2016

Definisi Ekonomi



Kalau nak di ikutkan sebenarnya memang banyak definisi tentang ekonomi sebagai contoh sekiranya kita bertanya kepada seseorang bukan pakar ekonomi tentang maksud ekonomi, mereka mungkin akan menjawab bahawa ia ada kaitan dengan perniagaan dan kekayaan. 

Tetapi sekiranya kita bertanya kepada pakar ekonomi mereka akan menjawab 

"Ekonomi ialah bagaimana kita mengunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas yang juga akan melibatkan pilihan."

Menurut definisi yang diberikan oleh pakar ekonomi tersebut, mereka sangat memberi penekanan terhadap hubungan antara sumber dan kehendak.  Hubungan ini mendorong kita kepada satu perbincangan mengenai masalah kekurangan.

Kebanyakan ahli ekonomi berpendapat, Adanya ekonomi disebabkan adanya kekurangan. Sekiranya kekurangan ini tidak ada maka ekonomi juga tidak akan wujud.  Dalam erti kata lain, sekiranya kehendak kita tidak melebihi sumber yang sedia ada bagi memenuhi kehendak kita, mungkin takkan ada satu kajian/ekspirimen yang kita panggil sebagai bidang ekonomi.