Manusia sentiasa merasakan kekurangan bila apa yang
mereka inginkan tak dapat dipenuhi. Disebabkan
itu wujudnya persaingan antara manusia untuk cuba menguasai sumber tertentu.
Gambar Hiasan |
Contoh mudah, sekumpulan harimau yang tinggal di
kawasan Savana bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan seekor rusa sebagai
hasil buruan mereka. Oleh kerana Savana
merupakan satu kawasan padang rumput yang luas dan susah untuk nampak kelibat
walau seekor rusa pun jadi mereka perlu bersaing untuk mendapatkan sumber
makanan yang terhad tersebut demi untuk kelangsungan hidup.
Sekiranya terdapat sumber yang mencukupi untuk
memenuhi segala kehendak kita yang tak terbatas, manusia mungkin tak perlu
bersaing untuk mendapatkan sumber terhad sedia ada.
Okey sambung cite pasal harimau tadi, katakan lah di
kawasan Savana tersebut ada banyak ekor rusa atau mangsa lain mungkin harimau
tak perlu bersaing sesama mereka lagi.
Dan bagaimana manusia bersaing untuk mendapatkan sumber
yang ada bergantung kepada sebanyak mana kawalan mereka keatas alat catuan. Alat catuan wujud sebab kita kekurangan
sumber. Ingat tak catuan beras semasa
era penjajahan Jepun di tanah melayu, waktu tu kita kekurangan beras sebab
pihak jepun mengamal dasar tutup pintu. Selain
itu, mereka juga menggunakan bekalan beras kita untuk keperluan tentera Jepun
yang sedang bertempur sewaktu perang China-Jepun.
Kalau zaman dahulu bater merupakan alat catuan tapi
hari ni wang adalah ganti kepada bater. Nak
tahu macam mana alat catuan berfungsi jom tengok contoh dekat bawah ni.
Katakan lah bagi mendapatkan seekor kambing pada
zaman dahulu, syaratnya mesti tukar dengan lima ekor ayam. Jadi kepada sesiapa yang ada banyak ayam
mungkin ada bayak kawalan keatas alat catuan dan boleh menguasai sumber yang
ada. Tapi disebabkan sistem barter ni ada banyak kekurangan maka ia tak lagi
digunakan sebagai alat catuan.
Seterusnya kita ambil contoh yang sama dengan yang
atas tadi dan kita gantikan alat catuannya kepada wang. Jadi untuk mendapatkan seekor kambing kita
perlukan RM 900. Jadi manusia akan
berusaha untuk mengumpulkan wang bagi memperolehi sumber yang dikehendaki.
Nampak tak sekiranya wang ringgit digunakan sebagai
alat catuan, manusia akan bersaing untuk mendapatkannya. Kalau kita lihat pada hari ni, ramai orang
berlumba-lumba melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bukan
semata-mata inginkan segelulung ijazah tapi mahukan pendapatan yang lebih tinggi
selepas menamatkan pengajiaan supaya mereka ada banyak kawalan keatas alat
catuan.
Sebaliknya, andaikan kekuatan dijadikan alat catuan
mungkin orang yang sasa saja yang dapat memiliki sumber manakala orang yang
lemah sentiasa ditindas. Dalam kes ni,
manusia akan bersaing untuk mendapatkan kekuatan.
Pengajarannya mudah: apa sahaja yang digumakan
sebagai alat catuan, manusia akan bersaing untuk mendapatkannya.
No comments:
Post a Comment