Bagi memudahkan korang faham apa itu keluk
kemungkinan pengeluaran atau production
possibilities curve (PCC) dalam bahasa mat saleh nya. Kita akan bincangkan dulu konsep-konsep asas
ekonomi.
Okey, yang pertama sekali adalah kekurangan (scarcity)
Kekurangan boleh berlaku sama ada kepada orang kaya
ataupun miskin. Ini kerana sumber yang
diperolehi yang digunakan dalam proses pengeluaran tak mencukupi bagi memenuhi
keperluan dan kehendak manusia yang tak terbatas.
Sumber yang dimaksudkan diatas adalah faktor-faktor
pengeluaran.
Next adalah pilihan (choice)
Atas sebab wujudnya kekurangan kita terpaksa membuat
keputusan apa yang terbaik untuk diri kita.
Keputusan yang dibuat tu adalah berdasarkan sumber yang ada dan boleh
digunakan.
Dan lastly adalah kos melepas atau dikenali juga sebagai
opportunity cost.
Pilihan kedua yang terbaik yang kita kena lepaskan
sebab dah buat pilihan yang pertama itulah kos melepas.
Sebagai contoh Hafiz berasa lapar setelah penat
bermain dia meminta duit dari ibunya untuk membeli jajan di kedai. Ibunya memberi Hafiz RM 1. Katakan dengan duit RM 1 tu dia boleh beli
sebatang aiskrim Matkool dan dengan duit RM 1 tu juga dia boleh beli sekeping
cekelat Cloud 9. Atas sebab sumber
(duit) yang ada terhad, Hafiz terpaksa membuat pilihan sama ada aiskrim Matkool
atau cekelat Cloud 9. Katakan Hafiz
memilih aiskrim Matkool maka kos melepas untuk aiskrim Matkool ialah sekeping
cekelat Cloud 9.
Berdasarkan contoh yang diberi mungkin mudah kot
untuk korang faham.
No comments:
Post a Comment