Garisan yang menyambungkan titik C hingga A dalam Rajah
diatas adalah Production Possibilities
curve (PCC) atau keluk kemungkinan pengeluaran.
Mana-mana titik yang berada diatas PCC menunjukkan pengeluaran dalam
keadaan optimum yang mana sumber digunakan sepenuhnya untuk memaksimumkan
pengeluaran.
Seterusnya mana-mana titik yang berada di dalam PCC
menunjukkan kombinasi pengeluaran yang boleh dicapai (attainable). Maknanya
pengeluaran boleh dilaksanakan tapi bukan dalam keadaan yang optimum. Keadaan ini menunjukkan berlakunya pembaziran
sumber atau ketidakcekapan pengurusan sumber.
Contohnya, pada titik D, Syarikat Badrul mengeluarkan 4000 unit bot dan
4000 unit trak dalam tempoh setahun.
Sepatutnya dengan sumber yang ada Syarikat Badrul mampu mengeluarkan
9000 unit bot dan 4000 unit trak iaitu pada titik A. Wujudnya perbezaan 5000 unit pegeluaran bot
antara titik A dan D menunjukkan Syarikat Badrul tidak menggunakan sumber yang
diperolehi dengan sepenuhnya.
Konsep Kekurangan
Seterusnya mana-mana titik yang berada diluar PCC
menunjukkan kombinasi pengeluaran yang tidak boleh dicapai (unattainable). Maknanya
pengeluaran tidak dapat dilaksanakan disebabkan sumber yang tidak mencukupi
ataupun terhad.
Contohnya, pada titik E, Syarikat Badrul hendak mengeluarkan 9000 unit bot dan 9000
unit trak dalam tempoh setahun tapi disebabkan sumber yang terhad pengeluaran
ini tidak dapat dilaksanakan. Dekat sini
berlakunya kekurangan.
Konsep Pilihan
Disebabkan berlakunya kekurangan,
Syarikat Badrul terpaksa membuat pilihan dari mana-mana kombinasi pengeluaran
iaitu pada titik A, B, atau C yang mana kombinasi pengeluarannya mampu
mengeluarkan unit pada pengeluaran yang optimum dan efisen.
Konsep Kos Melepas
Perubahan titik pengeluaran dari
titik B ke A menunjukkan konsep kos melepas.
Contohnya, Syarikat Badrul perlu melepaskan 3000 unit trak jika dia nak
mengeluarkan unit tambahan bagi bot dari 7000 ke 9000 unit. Jadi kos melepas untuk 2000 unit bot tambahan
ialah 3000 unit trak.
No comments:
Post a Comment