Lebihan Pengguna (Consumer Surplus)
Perbezaan antara harga maksimum yang sanggup dan mampu dibayar oleh pembeli bagi sesuatu barang atau perkhidmatan dengan harga sebenar dibayar.
Kalau korang tak faham kita tengok formula math ni
Lebihan pengguna = Harga pembelian maksimum - Harga yang dibayar
Contoh, andaikan korang nak beli sehelai baju t-shirt Gildan di sebuah kedai T-shirt tempatan setelah berpuas hati dengan design dan color yang ditawarkan. Dan korang sanggup membayar harga maksimum sebanyak RM 30 untuk mendapatkan sehelai t-shirt tersebut. Tetapi semasa nak bayar anda hanya dikenakan RM 20 jer.......
Jadi dalam kes ini, lebihan pengguna ialah RM 10 (RM 30 - RM 20).
Jelasnya, pembeli lebih suka lebihan pengguna yang lebih besar berbanding lebihan pengguna yang kecil
Lebihan Pengeluar (Producer Surplus)
Perbezaan antara harga yang diterima oleh penjual dengan harga terendah atau minimum yang sepatutnya barang berkenaan sanggup dan dapat dijual.
Mesti korang blur-blur je baca......tak pe ada formula math juga
Lebihan Pengeluar/Penjual = Harga yang diterima - Harga jualan minimum
Contoh, harga kos sebenar untuk sehelai t-shirt Gildan yang di tanggung pengeluar/penjual mungkin dalam RM 15. Tetapi dia tak akan jual t-shirt tersebut pada harga RM 15 ; dia menjualnya pada harga RM 20.
Jadi dalam kes ini, lebihan pengeluar ialah RM 5 (RM 20 - RM 15).
Perlu ingat, seseorang penjual lebih suka lebihan pengeluar yang besar.
Really helpful
ReplyDelete